Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKeterangan Program

PROGRAM DOKTOR FALSAFAH PERGURUAN UGAMA

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Syariah)

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Sejarah dan Tamadun Islam)

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Bahasa Arab)

• Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  1. Ijazah Sarjana Perguruan Ugama dari KUPU SB.
  2. Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan atau Pengajian Islam atau yang sebanding dengannya dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
  3. Mempunyai kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf.
  4. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
  • Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • Sepenuh Masa: 3-4 tahun (6-8 semester biasa).
  • Separuh Masa: 3-6 tahun (6-12 semester biasa).
  • Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.

 

MOD PENGAJIAN

  • Mod A: (Calon Bukan Lulusan Pendidikan Islam).

Mengikuti kursus-kursus pra syarat profesional pendidikan dan Pengajian Islam yang bersesuaian serta penulisan tesis tidak melebihi 100,000 patah perkataan. Konteks tajuk yang dipilih akan menentukan program yang akan diikuti.

 

  • Mod B: (Tesis Penuh).

Mengikuti kursus pra syarat pendidikan dan pengajian Islam yang ditetapkan dan penulisan tesis tidak melebihi 100,000 patah perkataan.

 


PROGRAM SARJANA PERGURUAN UGAMA

 

PROGRAM PENGAJIAN

• Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)

• Sarjana Perguruan Ugama (Syariah)

• Sarjana Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)

• Sarjana Perguruan Ugama (Sejarah dan Tamadun Islam)

• Sarjana Perguruan Ugama (Bahasa Arab)

• Sarjana Perguruan Ugama (Kajian Ahli Sunnah Waljamaah)

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
  2. Mana-mana Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau yang sebanding dengannya dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
  • Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

 

Maklumat/syarat tambahan:

  • Bagi mod Tesis Penuh, pemohon hendaklah memperolehi ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB dengan PNGK 3.50 atau pangkat Jayyid Jiddan ke atas.
  • Pemohon matang: Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan atau swasta dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang daripada lima (5) tahun.
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda ATAU yang setara dengannya.
  3. Lulus dalam ujian kelayakan (jika perlu).

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • Sepenuh Masa: Minimum satu setengah (1 1⁄2) tahun atau tiga (3) semester biasa dan maksimum dua (2) tahun atau empat (4) semester biasa.
  • Separuh Masa: Minimum satu setengah (1 1⁄2) tahun atau tiga (3) semester biasa dan maksimum empat (4) tahun atau lapan (8) semester biasa.
  • Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.

 

BAHASA PENGANTAR

 

Bahasa pengantar kursus-kursus dalam program ini adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab bagi Program dalam bidang Bahasa Arab. Dalam penyiapan projek, disertasi atau tesis, calon (selain bidang Bahasa Arab) boleh memilih sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris dalam penulisan.

 

MOD PENGAJIAN

  • Mod A: (Naik Taraf dari DPULI)
  • Mod B: (Calon Bukan Lulusan Pendidikan Islam)

Mengikuti kursus DPULI (38 kredit) dan projek (4 kredit) tidak melebihi 15,000 patah perkataan.

  • Mod C: (Calon Lulusan Pendidikan Islam)

Kerja Kursus dan Disertasi: Kursus (36 kredit) dan disertasi (6 kredit) tidak melebihi 30,000 patah perkataan.

  • Mod D: (Tesis Penuh)

Penulisan tesis tidak melebihi 60,000 patah perkataan dan mengikuti kursus pra syarat pendidikan dan pengajian Islam yang ditetapkan. Konteks tajuk yang dipilih akan menentukan program yang akan diikuti.

 


PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN UGAMA LEPASAN IJAZAH (DPULI)

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

• Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah.

• Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Bukan Arab)

 

SYARAT KEMASUKAN

Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam atau yang sebanding dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.

 

BAHASA PENGANTAR

Bahasa pengantar dalam program ini adalah Bahasa Melayu. Sementara Bahasa Arab dan Inggeris akan digunakan bagi mata kursus yang releven.

 

Manakala bagi program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Bukan Arab), bahasa pengantar yang akan digunakan ialah bahasa Arab.

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • Sepenuh masa: 1 tahun (2 Semester).
  • Separuh masa: 1-2 tahun (2-4 Semester).
  • Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.

 


PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

• Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)

• Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Islam) - dengan minor

Senarai Minor (tertakluk kepada penawaran):

o    Pengajian al-Quran Dan al-Sunnah

o    Falsafah Dan Pemikiran Islam

o    Dakwah Dan Kepimpinan

o    Usul Fiqh

o    Pendidikan Keluarga Islam

o    Kewangan Islam

o    Fiqh Ahwal Syakhsiyah

o    Pendidikan Awal Kanak-kanak

o    Bimbingan Dan Kaunseling

o    Pendidikan Khas

o    Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam

o    Pendidikan Bahasa Melayu dan Sastera Islam

o    Pendidikan Sains Kesihatan Islam

o    Pendidikan Kesenian Islam

o    Pendidikan Melayu Islam Beraja

o    Keusahawanan Dalam Pendidikan Islam

o    Aqidah Ahli Sunnah Waljama'ah

o    Fiqh Ahli Sunnah Waljama'ah

o    Tasawuf Ahli Sunnah Waljama'ah

o    Dakwah dan Isu Kontemporari

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  1. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
  2. Diploma 'Aliyah Qiraat dari ITQSHHB atau yang sebanding dengannya.
  3. STPUB: Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).
  4. A Level: Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat 'C' termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dalam Brunei- Cambridge GCE peringkat 'A' atau yang sebanding dengannya dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.
  • Calon dikehendaki:
  1. Boleh membaca al-Qur'an dengan baik. ii. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  2. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.

Maklumat/syarat tambahan:

  • Bagi Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), pemohon adalah dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dalam Lughah Arabiyyah dan Qawaid Arabiyyah atau yang sebanding dengannya.
  • Pemohon matang: Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang daripada lima (5) tahun.
  2. Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

a) Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ugama dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan memperolehi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.

b) Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Syariah atau Usuluddin dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'A' yang sebanding dengannya.

c) Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian empat (4) mata pelajaran dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'O' termasuk Pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Melayu.

  • Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya daripada institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Lulus dalam ujian kelayakan.

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • Sepenuh masa: 4 tahun (8 semester).
  • Separuh masa: 4-7tahun (8-14 semester). Senat boleh mempertimbangkan tempoh minimum dan maksimum pengajian mengikut kesesuaian.

 

BAHASA PENGANTAR

 

Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu. Sementara Bahasa Arab akan digunakan bagi kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi kursus Bahasa Inggeris.

 

Bagi Program Sarjana Muda Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), bahasa pengantar bagi kursus-kursus pengajian Islam adalah dalam Bahasa Arab.

 


PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

• Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)

• Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)

 

SYARAT KEMASUKAN

 

  • Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  1. Diploma Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
  2. SPUB: Pemegang Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) boleh dipertimbangkan tertakluk kepada penilaian Jawatankuasa Kemasukan dan pengesahan Senat KUPU SB.
  3. A Level: Lulus sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE 'A' atau yang sebanding dengannya, dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.
  • Calon dikehendaki:
  1. Boleh membaca al-Qur'an dengan baik.
  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik
  3. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Sepenuh masa: 3 tahun (6 semester).

Senat boleh mempertimbangkan tempoh minimum dan maksimum pengajian mengikut kesesuaian.

 

BAHASA PENGANTAR

 

Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu. Sementara Bahasa Arab akan digunakan bagi kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi kursus Bahasa Inggeris.

 

Bagi Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), bahasa pengantar bagi kursus-kursus pengajian Islam adalah dalam Bahasa Arab.

 


PROGRAM DIPLOMA

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

• Diploma Pengajian Seni al-Qur'an

• Diploma Pengajian Kitab Turath

• Diploma Pengajian Fiqh Al-Usrah

• Diploma Pengajian Jawi Dan Kaligrafi Islam

• Diploma Pengajian Tauhid

• Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith

• Diploma Pengajian Fiqh

• Diploma Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh

• Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
  1. Sijil Latihan Perguruan Ugama atau sebanding dengannya.
  2. Mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
  • Lulus dalam ujian kelayakan.

 

Maklumat/syarat tambahan:


  • Bagi Diploma Pengajian Tauhid/Tafsir dan hadith/Fiqh/Fiqh dan Usul Fiqh/Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, pemohon hendaklah berkhidmat sebagai Guru Ugama tidak kurang dari tiga (3) tahun.
  • Bagi Diploma Pengajian Seni Al-Qur'an:
  1. Pemohon akan mengikuti ujian kelayakan yang khusus.
  2. Program adalah disasarkan kepada guru-guru, imam-imam dan orang awam yang berumur di antara 18 hingga 45 tahun.

 

BAHASA PENGANTAR

 

Bahasa Melayu

 

TEMPOH PENGAJIAN

Sepenuh masa: 1 tahun (2 semester).



NOTA UMUM

  • Pemohon Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam hendaklah:

  1. Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat ‘O’ atau yang setara dengannya.

  • Penganugerahan Biasiswa Kerajaan adalah tertakluk kepada kelayakan dan sokongan pihak KUPU SB.

  • Bagi pemohon dengan kelulusan Brunei-Cambridge GCE peringkat ‘A’, kelulusan hendaklah diperolehi dalam peperiksaan tidak melebihi daripada dua (2) kali berturut-turut.

  • Pemohon yang berjaya hendaklah lulus tapisan keselamatan yang dikehendaki oleh KUPU SB.


PANDUAN MEMOHON DAN PROSES KEMASUKAN

  1. PENDAFTARAN: Pemohon hendaklah

    mendaftarkan permohonan melalui pendaftaran dalam talian (online). Pendaftaran yang terkini akan digunakan bagi permohonan yang dibuat berulang- ulang.

  2. TAPISAN KELAYAKAN: Semua permohonan akan melalui tapisan kelayakan untuk mengesahkan pemohon layak atau tidak bagi program yang dipohon dalam masa yang sama menimbangkan keperluan ujian/temuduga.

  3. UJIAN DAN TEMUDUGA: Hanya pemohon yang berkenaan sahaja dipanggil untuk ujian/temuduga.

  4. SIARAN KEPUTUSAN: Senarai pemohon yang berjaya akan disiarkan pada laman web rasmi KUPU SB. Sebarang rayuan hendaklah ditujukan kepada Pendaftar, KUPU SB dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh keputusan disiarkan. Keputusan adalah tertakluk kepada pengesahan maklumat permohonan.

  5. PENGESAHAN: Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan maklumat permohonan. Pengesahan dibuat di Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, KUPU SB pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Pemohon dikehendaki membawa bersama salinan- salinan pengenalan diri, sijil-sijil akademik dan dokumen lain yang berkaitan.

  6. PEMBAYARAN: Pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak $5.00 (Lima ringgit Brunei Sahaja) hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Bendahari, KUPU SB semasa membuat pengesahan maklumat permohonan.

  7. Pihak KUPU SB boleh menolak permohonan yang tidak lengkap atau dihantar lewat atau mengandungi maklumat yang palsu/tidak tepat.

  8. Panduan memohon dan proses kemasukan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut keadaan (jika perlu).