Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDiploma Tertinggi

​​​

PROGRAM PENGAJIAN

DIPLOMA TERTINGGI​


Fakulti Pendidikan

(501) Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Islam)

​Pusat Bahasa​

(502) Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)

 

SYARAT KEMASUKAN

 

• Memperolehi salah satu kelulusan berikut:

  1. Diploma Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.

  2. A Level: Lulus sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE 'A' atau yang sebanding dengannya, dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.

  3. Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB): Lulus sekurang-kurangnya Aggregrate 20 dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran al-Qur'an al-Kareem. Hanya pemohon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dengan pangkat Jayyid dan ke atas sahaja akan dipertimbangkan. Bagi program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), Memperolehi pangkat MUMTAZ dalam Lughah Arabiyyah dan Qawaid Arabiyyah atau yang sebanding dengannya adalah satu keutamaan​.

• Calon dikehendaki:

  1. Boleh membaca al-Qur'an dengan baik.

  2. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik

  3. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Sepenuh masa: 3 tahun (6 semester).

Senat boleh mempertimbangkan tempoh minimum dan maksimum pengajian mengikut kesesuaian.

 

BAHASA PENGANTAR

 

Bahasa pengantar adalah dalam Bahasa Melayu. Sementara Bahasa Arab akan digunakan bagi kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi kursus Bahasa Inggeris.

 

Bagi Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), bahasa pengantar bagi kursus-kursus pengajian Islam adalah dalam Bahasa Arab.


NOTA UMUM: Tekan di sini



Permohonan Kemasukan bagi sesi Akademik 2024/2025

dibukakan pada 17 Februari 2024 hingga 16 Mac 2024


Klik di sini untuk memohon




Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
KM 2, JALAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA,
BANDAR SERI BEGAWAN BA 2111,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
Emel: hea@kupu-sb.edu.bn