Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BERSAMA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,21Mac.-Berikutan dengan perkembangan terkini mengenai penularan jangkitan wabak COVID-19 sepertimana yang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan ini mengumumkan beberapa perkara.

Perkara pertama, pelajar tidak diperlukan hadir kekolej universiti mulai Selasa, 24 Mac 2020 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Perkara kedua, sesi pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian (online) dengan menggunakan aplikasi pembelajaran online yang bersesuaian. Pelajar dikehendaki menghubungi pensyarah masing-masing mengenai perkara ini melalui telefon, SMS, aplikasi WhatsApp juga e-mel. 

PEMERIKSAAN suhu badan dilaksanakan di KUPU SB.

Perkara yang ketiga ialah sesi pengajaran dan pembelajaran setiap kursus adalah mengikut jadual kelas yang ditetapkan sebelumnya. Perkara yang terakhir pula ialah kemudahan Kolej Kediaman KUPU SB bagi pelajar tempatan adalah ditangguhkan dan ditutup hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, dalam usaha bersama bagi membendung penularan jangkitan wabak COVID-19, khususnya kepada pegawai dan kakitangan KUPUSB yang bertugas, pemeriksaan suhu badan turut dilaksanakan di pintu pagar utama KUPU SB dan hand sanitizer juga ada disediakan dibeberapa tempa t dalam kawasan kolej universiti. 

KUPU SB memperkenalkan sesi pembelajaran secara dalam talian di antara pensyarah juga pelajar dengan menggunakan aplikasi tertentu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

Pihak KUPU SB secara berterusan akan memantau perkembangan penularan jangkitan wabak COVID-19 dari semasa kesemasa juga menyelaras sebarang tindakan dengan merujuk kepada Surat Keliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Siaran Akhbar dari Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Bagi maklumat lanjut mengenai perkara berkaitan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik KUPU SB, awda bolehlah menghubungi talian pemedulian KUPU SB, iaitu +673 8970305. Maklumat terkini KUPU SB akan diumumkan melalui akaun Instagram rasmi KUPU SB @kupusb_official dan Telegram t.me/rasmikupusb.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 23 Mac 2020)


Attachments