Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KUPU SB JUARA TROFI HARI GURU

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak 7 Orang Sepasukan edisi ke-8, bersempena sambutan Hari Guru ke-29, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

Setelah terikat seri dalam aksi sengit yang berakhir dengan jaringan 1-1, perlawanan diheret kepada penentuan sepakan penalti yang menyaksikan KUPU SB menewaskan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan (DA).

Awang Aliuddin bergambar ramai bersama juara kejohanan, KUPU SB.

Sementara Kluster 4 menyandang tempat ketiga selepas menewaskan Kluster 5A dalam perlawanan playoff penentuan tempat ketiga.

Mohammad Sofiyuddin bin Haji Buntan meletakkan DA di depan apabila menjaringkan gol pembukaan selepas memulakan separuh masa pertama dengan baik.

Namun KUPU SB kembali dalam persaingan selepas menjaringkan gol penyamaan di separuh masa kedua menerusi Mohd Aminuddin Zakwan Tahir.

Kegembiraan Mohammad Sofiyuddin selepas menjaringkan gol pembukaan hilang apabila menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol KUPU SB, Haji Isma, yang menjadi wira pasukannya dalam kemenangan itu.

Antara tujuan kejohanan itu diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru ke-29 2019 dan menggalakkan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian.


(Petikan dari Media Permata, Sabtu, 28 September 2019 oleh Fadhil Yunus)

Attachments