Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH TAMPILKAN BAKAT, POTENSI PEMBACAAN

BANDAR SERI BAGAWAN, Selasa 5 Jun – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Ilmu Teras menganjurkan Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran dan Inti Sari Ayat sempenan Sambutan Nuzul Al-Quran, di sini.

Musabaqah yang diadakan di Dewan Tarbiyah KUPU SB itu diserati sebanyak 13 kumpulan terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik kolej tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Pengarah Pusat Ilmu Teras selaku Pengerusi Majlis, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar berkata, aktiviti musabaqah itu merupakan saluran untuk memberi ruang kepada warga KUPU SB menampilkan bakat serta meningkatkan potensi mereka dalam pembacaan Al-Quran dan inti sari ayat.

"Adapun objektif utama majlis musabaqah ini diadakan adalah bagi menjunjung tinggi hasrat mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai negara zikir, yang mana Al-Quran adalah paksi utamanya," katanya semasa menyampaikan ucapan.

Majlis Musabaqah Al-Quran ini membawa tema 'Qira'ah Al-Quran Menjawa Ketaqwaan Insan'.


(Petikan dari Pelita Brunei, Khamis, 7 Jun 2018 oleh Marlinawaty Hussin)

Attachments