Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

VAKSIN KETUHANAN SEBAGAI PERISAI DARIPADA WABAK

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Januari. - Vaksin Ketuhanan merupakan salah satu langkah yang ampuh bagi Negara Brunei Darussalam, dalam membanteras penularan COVID-19, selain mengikuti protokol-protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

''Selaku Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kita sangat beruntung dan bersyukur mempunyai pemimpin yang sentiasa menasihatkan rakyatnya untuk terus berhati-hati, dalam menangani penularan COVID-19. Baginda sentiasa mengingatkan agar kitani membiasakan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan berdoa sebagai perisai daripada dijangkiti dan mengubat wabak itu,'' jelas Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, pada Ceramah Jerayawara Vaksin Ketuhanan dan Tawakal, yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar, di sini.

vaksin ketuhanan2.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, pada Ceramah Jerayawara Vaksin Ketuhanan dan Tawakal, yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar.

Pendekatan Negara Brunei Darussalam menggunakan Vaksin Ketuhanan, dalam mengekang penularan COVID-19, tambahnya, dengan melazimkan membaca Surah Yaa Siin, selain surahsurah yang lain dalam Al-Quran sangat bermanfaat kerana Surah Yaa Siin fadilatnya sangat banyak untuk keselamatan dunia dan akhirat juga dengan keberkatannya, virus COVID-19 akan berundur daripada kita dan negara.

vaksin ketuhanan.png

PROGRAM anjuran KUPU SB dan Jabatan Hal Ehwal Masjid itu, dihadiri oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; AJK Takmir; dan para jemaah daripada Penduduk Kampung Sungai Besar.

Terdahulu itu, Ra'es KUPU SB menjelaskan, pelbagai jenis nama wabak penyakit telah meragut lebih trilion nyawa, di seluruh dunia dan muncul sejak beberapa abad lalu.

Menurutnya, amalan dan sunnah seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi landasan terbaik juga perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Program anjuran KUPU SB dan Jabatan Hal Ehwal Masjid itu, dihadiri oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; AJK Takmir; dan para jemaah daripada Penduduk Kampung Sungai Besar.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 19 Januari 2022. Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Ihsan Masjid Kampung Sungai Besar)

Attachments