Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

CONTOHI KAEDAH, TEKNIK PENGAJARAN RASULULLAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 November. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) meneruskan episod kedua Program Nadwah Tarbiyah Islamiah dengan membawakan konsep pengisian Bual Bicara Tarbiah Islamiah secara dalam talian baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran kerjasama Fakulti Pendidikan, Pusat Multimedia dan Teknologi dan Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, KUPU SB.

Tema perbincangan pada kali ini ialah Pedagogi Pendidikan Islam dengan tajuk 'Kaedah dan Teknik Pengajaran Habibi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. 

pb221121.png

PERBINCANGAN tajuk 'Kaedah dan Teknik Pengajaran Habibi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' disampaikan oleh Ra'es KUPU SB.


Menurut beliau, kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah Qudwah Hasanah.

Beliau turut menjelaskan bahawa kaedah pendekatan, metodologi dan alat pengajaran Baginda adalah berdasarkan kepada Al-Quran, hadis serta sunnah.

Tambahnya, Baginda adalah merupakan contoh teladan yang baik bagi sesiapa yang mahu mendapatkan keredaan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Dalam bual bicara, beliau menekankan bahawa seorang pendidik perlu mencontohi dan mengagumi akhlak Baginda tersebut untuk menjadikan pendidikan Islam dan profesion keguruan lebih mantap dan berketerampilan.

Selain itu, beliau juga menekankan matlamat pendidikan adalah untuk mencapai keredaan Allah dan ini adalah dengan memastikan ilmu yang dipelajari diamalkan, malahan dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan orang ramai juga menambahkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan bukan untuk kejayaan di dunia semata-mata.

Tambahnya lagi, pengajaran sekarang yang lazimnya adalah secara formal menjadi informal ketika dalam situasi pandemik COVID-19 dengan pendidikan juga dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah. Maka pentingnya semua yang terlibat tahu adab cara pengajaran dan komunikasi berkesan seperti cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 22 November 2021. Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Ihsan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments